Wednesday 9 March 2016

Raising tomorrows leaders (18 Tips)
By Mufti Ismail Menk
1. Praise your child, even if they get 4/10 in exam, praise your child in front of others.
2. Never make your child feel that he is useless. Never favour one child on the other.
3. Every time we speak with our children speak with respect, say "thank you", etc. Don't use slang i.e gimmi instead say 'please give me'; use clear words, be polite and never swear. (Prophet said, do not use slang as it will decrease your respect).
4. You need to bare in mind when your child is young that this is just a child, don't take away there playing time by treating them like an adult. If we do this, they will rebel in life.
5. We need to assist our children to make decisions. He or she must be taught to make decisions. Acknowledge them, guide them by talking to them, if they want to go for something, organize the plan for them.
6. Whenever you have decisions to be made ask your child of his or her opinion. For example, if you are going to buy a car, ask there opinion, where they like to eat, or what colour they like for a car, this develops habit of consultancy in them.
7. Depending on the house we are living in, we would perhaps have a corner; write the name of the child there, as it be there territory. Put there certificates on wall; this makes them confident of themselves.
8. Teach your child to follow you to read salah. Lead them rather than instructing, it's a more powerful way. What your child sees you doing they will remember forever. Start instructing them to read salah at the age of 7, this will help them and make it easy for them to follow when they reach puberty when it becomes compulsory on them.
9. We need to teach our children how to put forward their opinion, how you would disagree to a point. Don't use swear words when you disagree on anything as this will inculcate in your child as he is watching you being aggressive. Children have much more grasping power than us and they pick up things very fast.
10. Encourage your child to ask question, and try to answer each question they ask else they will get it from a wrong source. Praise there questions at times.
11. Always fulfill your promises on to you children. Do not make big promises which you cannot fulfill; this makes them develop a habit of making false promises. If you fail to fulfill any promise, explain.
12. Very important to teach our child is how to develop skills of being a member of a group. Team work is very important; this teaches them to give chances to people in life rather always competing.
13. Make dua for your children. Even if they have gone astray, pray for them.
14. Tell them you might fail once, but never lose hope. Teach them how they should react to a failure.
15. Apologize to your child if you have made a mistake, this teaches your child to repent to Allah. Don't rise ifs and buts when you are wrong; there are no ifs and buts when it comes to repentance.
16. Have a few surprises for your children, to praise there deed of good, give them recognition at home, that this surprise is for your so and so good you did.
17.We need to make sure that we train our children to read a portion of Quran daily, according to there capacity.
18. Tell your child repeatedly that you love them, tell them how gorgeous they are and how important they are to you, hug them, its a sunnah to kiss your children.

Saturday 5 March 2016

"Taubat Banduan Akhir" 

Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.
-ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".
-banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dgn hukuman gantung oleh Hakim.
-kalau hukuman gantung itu dibacakan pd hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pd hari Jumaat.
-apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-nama biliknya "Sel akhir".
-katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."
-ianya mesti prosedurnya begitu.
-kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.
-kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-org yg namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-sbb apa tuan²? Sbb dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.
-air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorg².
-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.
-sentiasa membaca Al-Quran.
-bila ustaz Agama yg pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".
-pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.
-kenapa? Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.
Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.
-malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.
-manusia yg tahu ajal nya , dia dh tak boleh tidur dah tuan².
-sbb itu diantara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-sbb dia tau untuk bertaubat bila.
-dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.
-tak tau bila nak mati.
-maka baduan akhir ini pd malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah.
"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".
-maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-sbb esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.
-maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.
-walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-itu Rahsia Allah.
-ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pd jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.
-nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;
"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
-bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.
-nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.
-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua'lam.

Thursday 3 March 2016

STPM vs Matrikulasi vs Diploma

''Wherever you go, no matter what the weather, always

 bring your own sunshine.''

 -Anthony J. D'Angelo-


Assalamualaikum w.h.b
Salam kasih sayang
Salam-bersalaman mengikut sunnah Rasulullah iaitu bersalaman dengan orang yang kita bersalaman sambil pipi bersentuh dengan pipi orang yang kita bersalam:)


Dah lama tak update entri blog hampir 2 tahun dan hari ini saya ingin menyambung semula penulisan dan luahan. Hari ini iaitu 3 Mac 2016 adalah hari bersejarah kerana tarikh keluarnya keputusan SPM bagi para pelajar sesi 2015.Saya mendapat banyak mesej Whatsapp dan panggilan daripada junior-junior saya. Ramai junior-junior mesej tanya abg, mana satu yang bagus after SPM? 

Matrikulasi/asasi, STPM, or DiplomaIt is hard to tell them sebab lain orang lain kemampuan dan planning. Jadi saya pun berikan asbab atas dasar masa, perjalanan, bajet, sistem, peluang, dan 'valid' courses, pilihlah STPM.Di sini saya ringkaskan dalam bentuk gambar rajah mengapa saya mengesyorkan para pelajar memilih STPM :


Perkara
STPM
Matrikulasi
Diploma
Tempoh
1 ½ Tahun
1 Tahun
3 Tahun
Yuran
Rendah
Sederhana
Tinggi
Kualiti Sijil
Boleh digunakan untuk memohon pekerjaan
Tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan
Boleh digunakan untuk memohon pekerjaan
Sistem
Sistem semester
( Setelah melalui proses perjenamaan semula)
Sistem semester
Sistem semester

Pengajian STPM sangat memberikan kelebihan kerana STPM memberikan banyak kelebihan daripada kekurangan. Saya tau apabila anda sudah habis sekolah, anda ingin pergi ke kelas memakai smart-smart. Pergi ke kelas tidak mahu memakai pakaian sekolah, rambut nak style papadom, balotelli, ronaldo lah macam2 tetapi adakah itu yang cari? Saya sebagai alumni STPM telah melalui peringkat STPM yang indah. Dipilih menjadi Tokoh Pelajar selama 2 tahun berturut-turut dan menjadi Ketua kepada Pelajar Tingkatan 6 semasa itu walaupun semasa saya sekolah menengah daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, saya seperti seorang yang tiada masa depan. STPM telah banyak mengubah hidup saya untuk hidup berkepimpinan. Pelajar STPM sangat beruntung kerana guru-guru masih menyentuh dan menegur soal akhlak dan sahsiah seimbang dengan pelajaran sama seperti peranan ibu ayah kepada kita. Apabila anda sudah berada di universiti, hanya anda yang menentukan diri anda. Kepada sesiapa yang telah berniat untuk meneruskan pengajian dalam peringkat STPM, saya mengucapkan syabas kepada anda. Pedulikan pandangan stereotaip masyarakat kepada pelaja STPM. Semoga berjaya kepada semua :)

** Apa yang saya kongsikan adalah pendapat saya sendiri, tidak berniat merendahkan mana2 institusi kerana setiap institusi mempunya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Saya hanya ingin mengubah pandangan stereotaip masyarakat terhadap STPM. Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh PM di facebook saya. Terima kasih! :)
#Perang melawan mitos













Saturday 13 April 2013

Detik kewafatan Rasulullah



''Tak Kenal Maka Tak Cinta, Sudah Kenal Tidur Tak Lena''



Assalamualaikum w.h.b
Salam kasih sayang
Salam-bersalaman mengikut sunnah Rasulullah iaitu bersalaman dengan orang yang kita bersalaman sambil pipi bersentuh dengan pipi orang yang kita bersalam:)


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."  
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."  
Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"  
Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."  
Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"  
Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait."  
Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."  
Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."  

SEMAKIN TENAT
  Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?"  
Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah."  
Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit."  
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."  
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.  
Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"  
Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."  
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.  
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,
Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."  
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"  
Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  
Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"  
Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."  
Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."  
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."  
Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"  
Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."  
Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"  
Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."  
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"  
Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."  

KETIKA SAKARATUL MAUT:  
Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  
Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  
Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  
Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  
Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  
Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  
Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  
Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.  
Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  
Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  
Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  

KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."  
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"  
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:   "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30)  
Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   Maka Muaz pun menjerit lagi:   "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."  
Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."  
Kemudian dia berkata:   "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."  
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:   "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."  
Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.  
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:   "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."
  
Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait."  
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)


Tuesday 9 April 2013

Apabila semua mata memandang anda

''Gementar Itu Penting tetapi Jangan Sehingga Melemahkan Dan Jangan Terlalu Yakin''

Assalamualaikum w.h.b
Salam kasih sayang
Salam-bersalaman mengikut sunnah Rasulullah iaitu bersalaman dengan orang yang kita bersalaman sambil pipi bersentuh dengan pipi orang yang kita bersalam:)

Pernahkah anda memegang mikrofon berdiri dihadapan ramai manusia dan bercakap? Pernahkah anda berdiri di atas pentas dan merenung setiap manusia yang memandang anda? Pernahkah anda bercakap dihadapan manusia yang sangat ramai dengan dua biji mata mereka memandang anda?.. Berucap,berceramah,bersyarah,membentangkan 'presentation' adalah orang yang tidak lari daripada perkara diatas..

Selalu kita mendengar apabila seseorang itu pandai bercakap,pandai berhujah,tidak gementar depan orang hanya dikaitkan dengan ahli politik,para pendakwah dan profesion yang sewaktu dengannya..Tetapi bagaimanakah dengan kita? Janganlah hanya menjadi istilah baru sekarang iaitu 'Keyboard warrior'..Hanya hebat dalam kumpulan yang ramai,menjadi hero menyelesaikan sesuatu isu didalam facebook,twitter,blog dan lain-lain...Memang betul jika tidak cukup ilmu janganlah menonjolkan diri tetapi bagaimana ilmu penuh didada tetapi tidak dimanfaatkan? Saya ingin kongsi satu kisah diri saya dimana saya menyertai sebuah pertandingan berbentuk pembentangan projek ketika sekolah menengah..Buat pertama kalinya saya memegang mikrofon berdiri dihadapan beratus-ratus penonton pembentangan projek kami..Tetapi disebabkan saya pertama kali saya terlalu gugup sehingga tangan menggeletar..Setiap percakapan saya berterabur sedangkan projek yang dibuat oleh kumpulan saya adalah bagus..Tetapi disebabkan penyampaian saya yang sangat mengaibkan diri saya,kumpulan saya tewas..Saya begitu malu dan mulai itu saya mula berazam setiap kali saya diberi peluang sekali lagi saya akan mengubah diri saya...Sejak itu,apabila ada acara,majlis atau program disekolah saya akan memohon untuk menjadi MC..

Jadi disebabkan itu saya mula yakin dan mula menceburkan diri dalam debat dan cuba memberi motivasi kepada kawan-kawan saya seperti berbentuk perkongsian secara tidak langsung saya cuba menambahkan ilmu saya..Ini lebih baik daripada mempunyai ilmu yang penuh didada tetapi tidak berkongsi..Kalau kita seorang yang low profile sekalipun,kita pasti akan bercakap depan orang ramai juga sekurang-kurangnya depan kawan kelas kita ketika presentation..mungkin depan ahli-ahli keluarga kita mahupun depan isteri dan anak-anak kita..Bercakap didepan kawan atau masyarakat bukanlah menunjukkan kita riak ataupun kita hebat kerana 'keyakinan' ini sangat berguna dalam apa-apa situasi sekali pun..Oleh itu saya ingin mengongsikan sedikit tips yang saya selalu gunakan ketika berhadapan dengan manusia yang semua mata memandang kita..



  1. Mulakan dengan Surah Al-fatihah dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
    Walau apa pun jenis percakapan anda sama ada ceramah,tazkirah,ucapan,debat,syarahan mahupun presentation mulakanlah percakapan anda dengan surah Al-Fatihah,selawat ataupun zikir-zikir yang boleh menenangkan diri anda daripada gugup.
  2. Jika menggunakan mikrofon
    Jika anda berasa gugup berhadapan dengan orang ramai,cuba gunakan 'mic stand' iaitu pemegang mikrofon supaya anda tidak perlu memegang mikrofon..Ini dapat mengelakkan anda daripada tangan menggeletar memegang mic kerana darah gemuruh sedang menggelojak..Jika anda terpaksa menggunakan mic,anda cuba tindihkan siku anda diatas 'portable' atau meja supaya hadirin tidak nampak tangan anda menggeletar.
  3. Body Language @ Bahasa Tubuh
    Bahasa tubuh ini merangkumi kesemua tubuh badan kita yang terlihat iaitu mata,tangan,rambut,kaki dan sewaktu dengannya..Bahagian ini sangatlah penting kerana apabil kita berdiri dihadapan setiap lagak dan gerak geri kita diperhatikan..Bahagian mata haruslah memainkan peranan yang penting..Jangan berkerut atau membuat mimik muka yang mendatangkan kebosanan..Jika anda mempunyai teks janganlah anda melihat setiap masa teks itu..Sekali sekala pandangalah hadirin didepan anda..Reaksi tangan juga sangat penting kerana secara psikologi apabila kita bercakap tangan kita selalu bergerak membuat isyarat tanpa kita sedar..Jika percakapan kita berbentuk formal seperti debat,ucapan,pengacaraan sebolehnya kurangkan pergerakkan tangan manakala jika berbentuk tidak formal seperti presentation di depan kelas ata yang berbentuk santai bolehlah menggunakan isyarat tangan bagi menekankan apa yang kita mahu luahkan..
  4. Budi percakapan @ lenggok bahasa
    Bahagian ini juga sangat penting kerana kita sedar disebabkan kita mempunyai masyarakat yang majmuk kita mempunyai pelbagai bahasa..Tidak kurang yang berbahasa rojak @ pasar..Oleh itu kaji dahulu penonton atau hadirin yang bakal kita hadapi..Sesuaikanlah penggunaan bahasa kita apabila berdepan dengan mereka..
  5. Senyum :)
    Yang terakhir sekali adalah senyum..Tidak kiralah anda membosankan..Tidak menarik perhatian pendengar atau pun perkara yang anda sampaikan tidak memenuhi selera mereka, SENYUMLAH kerana kuasa senyuman itu sangatlah hebat..Walau apa pun cacian,ejekan,perlian,makian yang anda terima seperti menyampaikan ceramah,berucap,menyampaikan pendapat...Sampaikanlah dengan senyuman kerana kita kena berpegang dengan prinsip 'Bukan semua suka kepada kita'..This is public game..Hadapi dengan kehebatan dan binalah keyakinan diri...



                                                                 








Tuesday 26 March 2013

BELASUNGKAWA :'(

''Jangan Pernah Lupa Siapa yang pernah menolong kamu tapi Lupakanlah kesalahan orang yang menolong kamu''

Assalamualaikum w.h.b
Salam kasih sayang
Salam-bersalaman mengikut sunnah Rasulullah iaitu bersalaman dengan orang yang kita bersalaman sambil pipi bersentuh dengan pipi orang yang kita bersalam:)

Hari ini saya tujukan nukilan hati saya kepada seorang insan yang saya kagumi dan hormati yang telah meninggalkan dunia ini dengan satu pemergiaan yang amat terasa..sebelum itu izinkan saya sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah dan kepadanya..Alfatihah..

Insan yang saya maksudkan tersebut ialah Pakcik Marzuki..Seperti yang sedia maklum saya pernah dimasukkan ke dalam hospital kerana kemalangan jalan raya selama 2 bulan 1 hari..Sepanjang saya berada di Hospital Sungai Buloh,saya ditempatkan di wad ortopedik 5A..Semasa pertama kali saya berada di wad, saya sangat tertekan dengan keadaan didalam ruang bilik saya..Didalam ruang bilik saya ada 6 orang pesakit dan semuanya kritikal, dipenuhi pelbagai mesin di kiri dan kanan..Saya ditempatkan disitu kerana saya juga mengalami patah tulang yang agak teruk..Disitulah saya terjumpa dengan Pakcik Marzuki..berusia 50 an..Dimasukkan ke dalam hospital kerana terjatuh dan menyebabkan kecederaan pada Spinal Cord beliau dan keadaan beliau sangat kritikal..Beliau mempunyai seorang isteri yang setia menemani beliau 24 jam..Dan untuk pengetahuan sebelum saya masuk ke dalam hospital beliau sudah pun 5 bulan berada di hospital..

Saya sangat beruntung kerana antara keenam2 pesakit yang berada di dalam ruang bilik saya hanya saya seorang sahaja yang sedar akan apa yang berlaku disekeliling saya manakala yang lain masih dalam keadaan tidak sedar dan agak kritikal..Jadi saya sangat insaf melihat keadaan kesemua pesakit dalam pelbagai kesakitan..Namun disebabkan saya sedar,segala kesakitan yang saya alami saya akan rasa setiap hari sehingalah hari pembedahan saya..Pakcik Marzuki sangat beruntung kerana beliau ditemani isterinya walaupun keadaannya sangat kritikal..Yang lebih mengharukan saya,isterinya sangat setia padanya..Setiap pagi isterinya akan lap badan suaminya dengan penuh kelembutan,dibacakan Yassin setiap hari,membacuh susu untuknya kerana Pak cik marzuki hanya mengisi perutnya dengan susu yang disalurkan kedalam tiub yang ditebuk melalui lehernya..SubhanaAllah..menangis saya melihat keadaan Pakcik Marzuki tetapi tetap tersenyum melihat kemesraan mereka..

Namun keuntungan itu tidak bagi saya kerana bukan setiap hari ada orang menjaga saya kerana kesibukan..Jadi saya selalu keseorangan..Kadang2 saya menangis kerana keseorangan..Namun pada suatu hari pada awal pagi tibalah penghantar makanan untuk menghantar makanan untuk pesakit..Disebabkan didalam bilik itu hanya saya seorang sahaja yang boleh makan seperti biasa kerana yang lain hanya diberikan susu yang disalurkan melalui tiub..Setelah makanan sampai,keadaan saya sangat lemah..saya tidak mampu mengangkat tangan untuk makan meskipun sangat lapar kerana kedua2 tangan saya dicucuk dengan branular iaitu tube untuk masukkan air dan darah..Jadi saya hanya mampu baring dan menangis..Saya paling muka daripada semua orang supaya tiada siapa nampak saya menangis..Nurse tidak dapat melayan semua pesakit kerana terlalu ramai pesakit..Setelah mata sebam dan berhenti menangis saya pun palingkan semula muka saya dan saya lihat isteri Pakcik Marzuki datang kepada saya dengan tersenyum meskipun saya tahu beliau sentiasa bersedih melihat keadaan suaminya..

Setelah sampai makcik itu pun berkata ''Anak tak mahu makan?''..Saya pun berkata saya tidak larat untuk mengangkat tangan..Lalu makcik itu pun duduk di tepi katil saya dan berkata''Makcik suapkan eh''..Ya Allah..saya hanya mampu menahan air mata saya dengan keramahan makcik tersebut..Saya bertanya''Makcik xmkn ke,kalau makcik xmakan lagi makcik makan dengan saya eh''..Makcik tersebut tersenyum dan menyuap saya sambil dia pun makan sekali makanan tersebut..Bayangkan selama 9 tahun saya tidak mempunyai ibu tetapi hari ini saya disuapkan oleh seorang insan yang bagi saya seperti ibu saya...Sejak itu..saya rapat dengan makcik..Setiap kali saya ada masalah,beliau akan datang kepada saya..Ibarat kata seperti makcik tersebut menjaga dua orang iaitu saya dan suaminya..

Sehinggalah pada suatu hari Pakcik marzuki menunjukkan satu tanda positif yang menggembirakan semua doktor dan isterinya..Beliau boleh bercakap sedikit tetapi hanya isteri pakcik Marzuki sahaja faham apa yang beliau katakan..Saat lucu apabila satu malam pakcik Marzuki berdehem banyak kali seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi isterinya pergi ke surau untuk solat..jadi nurse dan doktor datang ke katilnya kerana takut sesuatu yang berlaku seperti sesak nafas..Lalu apabila diteliti maksudnya..Doktor tidak memahaminya lalu setelah isterinya sampai isterinya berkata''Abang takut eh?''..Lalu pakcik seperti mengiakannya..lalu semua ketawa''laa..pakcik takut rupanya sebab isterinya tiba2 tiada disebelah..so sweet..

Selepas menidurkan pakcik marzuki,makcik tersebut datang ke katil saya dengan membawa buku doa2 ketika sakit..''Anak,ambil buku ini eh baca dan amalkan''..Kali ini saya tidak mampu menahan air mata dan terlerai juga akhirnya depan makcik itu..saya berkata padanya''Makcik,saya akan sentiasa mendoakan Pakcik marzuki supaya sembuh semula''..makcik tersebut kemudiannya hanya tersenyum tetapi didalam hati tiada siapa yang tahu..Selepas saya mengalami pembedahan saya terus bertukar2 bilik dan tidak berjumpa lagi dengan Pakcik Marzuki serta isterinya sehinggalah setelah 2 bulan 1 hari,hari yang ditunggu2 oleh saya telah tiba iaitu discharge daripada hospital..sebelum dicharge saya yang ketika itu ditemani wanita yg paling saya sayang NurLiyana binti Lokhman Hakim membawa saya pergi berjumpa dengan pakcik Marzuki ..sudah lama tidak melihat keadaan beliau kerana saya jauh daripada bilik beliau..Ketika sampai dikatil beliau saya melihat isterinya sedang membacakan Yassin untuknya dan saya melihat semakin banyak mesin di kiri dan kanannya..Saya menanyakan kepada makcik''Bagaimana keadaan Pakcik Marzuki?''..Makcik tersebut tidak mampu berkata apa2 dan saya lihat bergenang air matanya..itulah pertama kali saya melihat makcik menangis mungkin kesedihannya tidak mampu ditahan lagi..ketika saya menulis nukilan ini pun saya berasa sebak..Makcik berkata keadaan Pakcik Marzuki semakin kritikal iaitu 50-50...saya cuba menenangkannya..Sebelum saya pergi saya berkata padanya yang saya akan mendoakan Pakcik marzuki supaya cepat sembuh sambil saya meminta nombor telefonnya untuk menghubunginya jika perlu..Setelah itu saya dan Liyana pun beredar...

Tetapi apakan daya..Hari ini 26/3/2013 saya menerima khabar sedih bahawa Pakcik Marzuki telah pun meninggal dunia..Apabila saya mendapat tahu kesemua memori saya bersama beliau dan isterinya seperti diulang tayang sehinggalah saya menulis nukilan ini..Walaupun saya tidak pernah bercakap dengan Pakcik Marzuki tetapi melihatkan isterinya yang sangat taat padanya telah menggambarkan sifat pakcik marzuki..Semoga pakcik Marzuki ditempatkan dikalangan para syuhadah..Innalillahi wai'nallillahi raji'un..










Tuesday 12 March 2013

IMAM :)




‘’Jika Anda Mahukan Zaujah Yang Pandai Memasak Anda Wajiblah Pandai Menjadi Imam’’



Assalamualaikum w.h.b
Salam kasih sayang
Salam-bersalaman mengikut sunnah Rasulullah iaitu bersalaman dengan orang yang kita bersalaman sambil pipi bersentuh dengan pipi orang yang kita bersalam:)


Hari ini saya ingin bercerita mengenai kisah yang berlaku pada saya di mana peristiwa saya mula-mula menjadi IMAM di dalam solat...Bayangkan sejak saya akhil baligh ketika berumur 13 tahun iaitu ketika saya berada di tingkatan 1 sehinggalah saya berumur 18 tahun  ketika saya berada di tingkatan 5..Selama itu saya tidak pernah menjadi IMAM walaupun bersama ahli keluarga mahupun sahabat handai..Kalau sembahnyang ramai-ramai pun masing-masing akan solat sendiri2 kerana semua menolak menjadi IMAM...Ambil wuduk beria-ria ni...ambil wuduk ramai2..siap mengajak ramai2 solat dan siap bentang sejadah sume sekali tetapi apabila dah masuk ruang solat masing2 pandang wajah masing2 dan tunduk ke bawah malu seperti seorang perempuan yang tersipu2 malu hendak dipinang oleh lelaki pujaan mereka.hehee...Kalau sebelum ini saya langsung tidak mengambil kisah tanggungjawab seorang IMAM sedangkan Lelaki WAJIB menjadi IMAM kerana IMAM bukan hanya bermaksud mengetuai ketika solat berjemaah sahaja malah di dalam keluarga lelaki juga menjadi IMAM,dalam pentadbiran lelaki menjadi IMAM malah ketika makan berjemaah sekalipun lelaki menjadi IMAM dengan mengetuai bacaan doa makan..Saya highlight kan perkataan IMAM kerana itulah kepentingan IMAM di dalam ISLAM..

Peristiwa yang saya tidak akan lupakan itu adalah ketika saya mula mengambil tingkatan 6 ketika 2011 di sekolah yang sama..Ini bermakna daripada tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 saya bersekolah di SMK Puncak Alam yang telah banyak mengubah diri saya menjadi seorang yang berguna..Apabila saya memasuki tingkatan 6 bermakna perkara yang terbesar dalam hidup saya yang perlu saya lalui sudah semestinya peperiksaan STPM..Disebabkan peperiksaan semakin lama semakin menghantui diri saya kerana hari peperiksaan semakin dekat walaupun ada setahun lagi,tetapi saya sudah mula rasa takut..hehehee..

Jadi disebabkan itu kalau ada masa terluang selepas habis sekolah saya tidak akan balik..saya akan stay back utk buat study group bersama sahabat rapat saya dan rakan perjuangan saya iaitu Fauzi,kalaiyarasi dan khairunnisa..Jadi sementara menunggu study group bermula kami semua turun ke kantin untuk makan dan solat zohor..Tetapi saya tidak makan kerana setiap kali ayah memberi duit belanja saya akan simpan..Sebab kalau saya pergi kantin mesti saya tidak dapat kawal nafsu dan duit pun habis..hhehee..kalau duit belanja saya ada baki 20 sen sekalipun saya akan pinjam kawan saya 10 sen untuk beli karipap seketul..begitulah rakusnya saya :)

Jadi sementara mereka pergi ke kantin,saya terus pergi ke surau..Seperti biasalah saya buka kasut,tunggu azan berkumandang dulu selepas itu termenung mengenai masa depan kejap(hehehe) barulah saya mengambil wuduk...Selepas itu saya pun masuk ke ruangan solat..Tiba2 saya terkejut melihat satu saf muslimah tengah terduduk susun seperti menantikan seorang imam datang  untuk mengimamkan mereka...Perkara yang membuatkan saya lagi terkejut adalah mereka semua adalah cikgu saya..saya ingat lagi ketika itu ialah Ustazah Nurma,Pn Zaidah,Pn Siti Kamariah dan ada dua orang guru lagi yang saya lupa namanya(maafkan saya cikgu..huhuhuhu)...Jadi ketika saya tiba ustazah Nurma menyuruh saya menjadi imam kerana ketika itu hanya saya sahaja seorang lelaki yang ada..Anda bayangkan perasaan saya ketika itu berdebar2 kencang seperti melihat pertarungan Ultraman  dengan raksaksa ulat gonggok..Lampu di dada Ultraman tersebut telah berkelip kerana telah lemah dan itu lah situasi saya ketika itu..Seorang ustazah meminta saya menjadi imam kepada guru-guru saya sendiri..Bagi seorang lelaki yang selalu menjadi imam sudah semestinya itu menjadi satu penghormatan baginya tetapi bagi saya yang sejak baligh tidak pernah menjadi imam??

Jadi saya cuba menolak dengan baik namun guru2 saya memujuk saya dan berkata kenapa nak 1 pahala shj sedangkan sy boleh dpt 27 pahala jika solat berjemaah..Saya terus tersengih seperti seorang yang penuh yakin sedangkan dalam hati Allah sahaja yang tau-___-
Tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki tingkatan 5 masuk kedlm surau dan sy terus menggunakan kesempatan dengan menyuruh dia untuk menjadi imam tetapi ustazah Nurma tetap menyuruh saya kerana saya lebih tua daripada pelajar tersebut..Jadi akhirnya saya akur dengan permintaan guru2 lalu saya menjadi imam..pelajar tersebut mula IQAMAT..Setelah itu dengan lafaz bissmillah dan jantung yang nak jatuh keriba saya memulakan takbir ALLAHUAKBARRRR...

Semuanya bermula dengan baik kerana Solat zohor kan xperlu baca surah kuat2..huuueee..lega saya..tetapi setelah selesai solat jantung saya mula berdegup kencang kerana saya terus tergamam kerana tidak tahu nak buat apa..saya terus terdiam,,xkan nak suruh ustazah Nurma mulakan wirid dan doa..saya terus tergamam ditambah lagi ketika itu tengah xde elektrik dan kipas tidak berfungsi..Lencun saya satu badan seperti baru mengambil wuduk-____-‘’

Lalu saya teruskan memulakan doa dengan doa bahasa melayu dan saya langsung tidak tahu apa yang saya doa..saya hanya ulang dan ulang sahaja doa saya sehinggalah saya menyebut AMIN2 YARABBAL ALAMIN..Setelah itu selesailah semuanya..setelah semua bersalaman saya pun keluar..Tetapi saya berjalan keluar dengan perasaan yang sungguh malu dan aib..saya berkata apa yang telah kubuat sebentar tadi Ya Allah..saya terdiam dan terus naik kelas dan ketika study group bermula saya langsung tidak boleh focus kerana teringat peristiwa tadi..saya berasa amat malu dihadapan guru belum lagi pencipta saya Allah swt..

Selepas sahaja peristiwa tersebut saya terus belajar dengan cuba menjadi imam yang berilmu..saya membaca buku panduan menjadi imam,menghafal wirid2 dan bacaan doa selepas solat..




saya mula membina ketakwaan dan keyakinan diri untuk menjadi imam..Alhamdulillah selepas itu saya selalu menjadi imam kepada adik saya,kepada kawan2 saya ketika membuat solat hajat ketika hari jumaat dan pernah mengetuai solat hajat bagi pelajar SPM dan STPM..Saya mula merasai keyakinan diri dan ketenangan yang saya sendiri tidak dapat bayangkan..Selepas saya sudah mendapat keyakinan..saya mula menambah ilmu lagi seperti mencari zikir yang sedap untuk didengar ..saya selalu menonton astro oasis mendengar zikir2..sangat sedap zikir2 di astro oasis lalu saya praktikkan ketika saya menjadi imam..Saya juga selalu menghafal surah2 baru kerana takkan saya asyik baca surah 3 Qul sahaja..Saya mencari pendekatan baru dan saya juga cuba memperbaiki lenggok suara saya dgn cuba membaca surah seperti irama lagu yang syahdu walaupun tidak semerdu anuar zain tetapi saya akan cuba supaya sehingga sedap didengar...konklusinya apabila saya meningkatkan lagi ketaqwaan untuk menjadi imam saya dapati;

1. Diri saya menjadi lebih yakin kerana kita berhadapan dengan manusia yang pelbagai latar belakang..perkara tersebut akan membuatkan kita tidak malu lagi untuk melakukan kebaikan..

2.Membuatkan kita lebih dahagakan ilmu kerana apabila anda menjadi imam..banyak perkara yang bersangkut paut dengan solat,anda akan pelajarinya iaitu al-Quran dan sunnah..

3.Kita akan lebih matang kerana kematangan adalah cirri yang wajib ada pada seorang lelaki...

Jadi apa yang saya mahu katakan pada anda semua terutamanya para muslim,belajarlah bagaimana untuk menjadi imam kerana walau anda mengelak macam mana pun selepas anda kahwin anda akan menjadi imam kepada zaujah anda..Sampai bila anda mahu mengelak dan terus bermain tarik tali..Jika anda takut untuk menjadi imam hanya kerana anda tidak tahu doa,anda boleh baca doa dalam bahasa melayu..Belajarlah sebelum anda merasa sangat malu seperti saya...