''Gementar Itu Penting tetapi Jangan Sehingga Melemahkan Dan Jangan Terlalu Yakin''
Assalamualaikum w.h.b
Salam kasih sayang
Salam-bersalaman mengikut sunnah Rasulullah iaitu bersalaman dengan orang yang kita bersalaman sambil pipi bersentuh dengan pipi orang yang kita bersalam:)
Pernahkah anda memegang mikrofon berdiri dihadapan ramai manusia dan bercakap? Pernahkah anda berdiri di atas pentas dan merenung setiap manusia yang memandang anda? Pernahkah anda bercakap dihadapan manusia yang sangat ramai dengan dua biji mata mereka memandang anda?.. Berucap,berceramah,bersyarah,membentangkan 'presentation' adalah orang yang tidak lari daripada perkara diatas..
Selalu kita mendengar apabila seseorang itu pandai bercakap,pandai berhujah,tidak gementar depan orang hanya dikaitkan dengan ahli politik,para pendakwah dan profesion yang sewaktu dengannya..Tetapi bagaimanakah dengan kita? Janganlah hanya menjadi istilah baru sekarang iaitu 'Keyboard warrior'..Hanya hebat dalam kumpulan yang ramai,menjadi hero menyelesaikan sesuatu isu didalam facebook,twitter,blog dan lain-lain...Memang betul jika tidak cukup ilmu janganlah menonjolkan diri tetapi bagaimana ilmu penuh didada tetapi tidak dimanfaatkan? Saya ingin kongsi satu kisah diri saya dimana saya menyertai sebuah pertandingan berbentuk pembentangan projek ketika sekolah menengah..Buat pertama kalinya saya memegang mikrofon berdiri dihadapan beratus-ratus penonton pembentangan projek kami..Tetapi disebabkan saya pertama kali saya terlalu gugup sehingga tangan menggeletar..Setiap percakapan saya berterabur sedangkan projek yang dibuat oleh kumpulan saya adalah bagus..Tetapi disebabkan penyampaian saya yang sangat mengaibkan diri saya,kumpulan saya tewas..Saya begitu malu dan mulai itu saya mula berazam setiap kali saya diberi peluang sekali lagi saya akan mengubah diri saya...Sejak itu,apabila ada acara,majlis atau program disekolah saya akan memohon untuk menjadi MC..
Jadi disebabkan itu saya mula yakin dan mula menceburkan diri dalam debat dan cuba memberi motivasi kepada kawan-kawan saya seperti berbentuk perkongsian secara tidak langsung saya cuba menambahkan ilmu saya..Ini lebih baik daripada mempunyai ilmu yang penuh didada tetapi tidak berkongsi..Kalau kita seorang yang low profile sekalipun,kita pasti akan bercakap depan orang ramai juga sekurang-kurangnya depan kawan kelas kita ketika presentation..mungkin depan ahli-ahli keluarga kita mahupun depan isteri dan anak-anak kita..Bercakap didepan kawan atau masyarakat bukanlah menunjukkan kita riak ataupun kita hebat kerana 'keyakinan' ini sangat berguna dalam apa-apa situasi sekali pun..Oleh itu saya ingin mengongsikan sedikit tips yang saya selalu gunakan ketika berhadapan dengan manusia yang semua mata memandang kita..
- Mulakan dengan Surah Al-fatihah dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
Walau apa pun jenis percakapan anda sama ada ceramah,tazkirah,ucapan,debat,syarahan mahupun presentation mulakanlah percakapan anda dengan surah Al-Fatihah,selawat ataupun zikir-zikir yang boleh menenangkan diri anda daripada gugup. - Jika menggunakan mikrofon
Jika anda berasa gugup berhadapan dengan orang ramai,cuba gunakan 'mic stand' iaitu pemegang mikrofon supaya anda tidak perlu memegang mikrofon..Ini dapat mengelakkan anda daripada tangan menggeletar memegang mic kerana darah gemuruh sedang menggelojak..Jika anda terpaksa menggunakan mic,anda cuba tindihkan siku anda diatas 'portable' atau meja supaya hadirin tidak nampak tangan anda menggeletar. - Body Language @ Bahasa Tubuh
Bahasa tubuh ini merangkumi kesemua tubuh badan kita yang terlihat iaitu mata,tangan,rambut,kaki dan sewaktu dengannya..Bahagian ini sangatlah penting kerana apabil kita berdiri dihadapan setiap lagak dan gerak geri kita diperhatikan..Bahagian mata haruslah memainkan peranan yang penting..Jangan berkerut atau membuat mimik muka yang mendatangkan kebosanan..Jika anda mempunyai teks janganlah anda melihat setiap masa teks itu..Sekali sekala pandangalah hadirin didepan anda..Reaksi tangan juga sangat penting kerana secara psikologi apabila kita bercakap tangan kita selalu bergerak membuat isyarat tanpa kita sedar..Jika percakapan kita berbentuk formal seperti debat,ucapan,pengacaraan sebolehnya kurangkan pergerakkan tangan manakala jika berbentuk tidak formal seperti presentation di depan kelas ata yang berbentuk santai bolehlah menggunakan isyarat tangan bagi menekankan apa yang kita mahu luahkan.. - Budi percakapan @ lenggok bahasa
Bahagian ini juga sangat penting kerana kita sedar disebabkan kita mempunyai masyarakat yang majmuk kita mempunyai pelbagai bahasa..Tidak kurang yang berbahasa rojak @ pasar..Oleh itu kaji dahulu penonton atau hadirin yang bakal kita hadapi..Sesuaikanlah penggunaan bahasa kita apabila berdepan dengan mereka.. - Senyum :)
Yang terakhir sekali adalah senyum..Tidak kiralah anda membosankan..Tidak menarik perhatian pendengar atau pun perkara yang anda sampaikan tidak memenuhi selera mereka, SENYUMLAH kerana kuasa senyuman itu sangatlah hebat..Walau apa pun cacian,ejekan,perlian,makian yang anda terima seperti menyampaikan ceramah,berucap,menyampaikan pendapat...Sampaikanlah dengan senyuman kerana kita kena berpegang dengan prinsip 'Bukan semua suka kepada kita'..This is public game..Hadapi dengan kehebatan dan binalah keyakinan diri...

No comments:
Post a Comment