Wednesday, 6 March 2013

Kehidupanku..

''Life is like riding a bicycle, we can't stop pedaling to prevent us from falling even though we had to sweat''




Assalamualaikum dan salam kasih sayang..
Sebelum saya ingin menyusun kata serta perkataan,izinkan saya sedekahkan Al-Fatihah kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan arwah ibu yang telah pergi meninggalkan saya disaat saya amat-amat memerlukannya..Alfatihah..

ini adalah post kedua saya sejak mempunyai blog dan saya ingin mulakan post saya dengan menceritakan kisah kehidupan saya iaitu jalan ceritanya seperti  drama melayu pukul 6 petang di tv 3 :)
Semasa kanak-kanak saya sangat nakal..bukan biasa-biasa punya nakal..tetapi pernah belajar menghisap rokok,mencuri(pergi kedai ambil choki2 dengan air milo sekotak then letak dalam seluar),menipu dan berbagai-bagai lagi sifat mazmumah yang ada pada saya semasa saya kanak-kanak..

Disebabkan perangai saya..arwah ibu sangat tegas dengan saya..bukan biasa-biasa punya tegas..kalau rotan tu bermacam2 jenis rotan pernah hinggap dekat badan saya..hanger,penyapu lidi..macam2..u guys named it..
Disebabkan itu saya pernah membenci ibu sehingga dalam hati saya terdetik ''Bila mak dah tua,angah takkan jaga mak..biar mak sorang2'' begitu jahilnya diriku ketika kanak2 :'(

Apabila mula memasuki alam persekolahan..ibu bertambah tegas dengan diriku..Anda boleh bergurau apa sahaja dengan beliau tetapi bukan soal pendidikkan ditambah lagi ibuku seorang guru..paling tidak boleh dilupai ketika peperiksaan darjah satu, ibuku menjaga peperiksaan dikelasku..ketika peperiksaan matematik pada masa itu..tiba2 datang satu jurus hentakkan petualang 5 tok guru ke belakang kepalaku sehingga berdamar kepalaku..apabila saya memalingkan kepala rupa-rupanya ibu yang melakukannya kerana saya masih tidak menjawab apa2 soalan walaupun setengah jam peperiksaan sudah bermula..saya berasa malu dan menangis kerana diperlakukan begitu kerana semua melihat disebabkan saya duduk di barisan hadapan sekali kerana nama saya bermula dengan huruf A(sepanjang peperiksaan daripada darjah satu sehingga form 6 xpernah duduk belakang)..selepas itu,ibu terus mengambil kertas saya dan menjerit pada saya sehingga didengari kelas sebelah..saya begitu malu..oleh sebab itu..ibu berdiri sebelah saya sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung..selepas mendapat keputusan kertas matematik tersebut,sungguh tak sangka saya dapat markah 99!!..satu sahaja soalan yang salah..itu pun sebab soalan 2 saya ternampak org sebelah..lalu saya padam balik jawapan saya dan ikut jawapan dye sdgkan jawapan sy betul..

Sejak peristiwa itu..saya selalu duduk dikelas pertama dan menjadi murid yang sangat pandai dan selalu mewakili sekolah dalam pertandingan

tetapi semua itu diiringi dengan sebatan,rotan serta ketegasan daripada ibu..saya sangat membencinya dan selalu berharap supaya beliau tiada lagi dalam hidup saya..begitulah derhakanya saya..sehinggalah saya memasuki darjah 6..saya menyertai sebuah kem motivasi sempena UPSR..dalam satu slot tersebut kami dikehendaki menulis satu surat kepada ibu,,fasilitator tersebut menyuruh kami meluahkan apa sahaja yang terbuku dihati dan jujur dengan setiap apa yang tertitip di bibir kami..lalu entah tiba-tiba saya berasa sayu lalu menulis semua yang saya rasa..rasa bersalah,insaf.segala yang terbuku dihati..selepas selesai menulis..fasilitator meminta kami semua mengoyakkan surat tersebut..saya begitu terkejut kerana penat lelah saya menulisnya mengapa hendak dikoyakkan..selepas di 'brain wash oleh fasilitator..saya lihat ramai yang mengoyakkan surat mereka tetapi saya tetap menyimpan dan memeluk dengan erat dan tidak mengoyakkannya..seterusnya fasilitatot tersebut meminta sesiapa yang tidak mengoyakkanya..rupanya hanya saya seorang yang tidak mengoyakkannya..fasilitator tersebut memuji saya kerana tidak mengoyakkannya kerana apabila kita mengoyakkannya ibarat kita menghancurkan hati kedua ibu bapa kita..ketika itu semua menangis termasuklah diri saya..
Selepas itu, fasilitator tersebut meminta surat tersebut daripada saya untuk simpanannya..saya pun dengan tiada ragu2 terus memberinya..

selepas 2 minggu tiba2 ibu memanggil saya dan menangis depan saya,,saya tidak tahu mengapa lalu melihat ditangannya ada sepucuk surat dan apabila saya mengamatinya rupan2nya itulah surat yang saya tulis..saya menangis lalu memeluk ibu saya..saya meminta maaf daripadanya dan memohon ampun..

Tahun 2009 adalah permulaan kekecewaan bagi diri saya..tahun itu saya berada di tingkatan 1..ibu yang saya sayangi telah pergi buat selama-lamanya..tambah menyedihkan apabila saya sendiri yang melihat ibu saya terbaring diatas sejadah dengan lengkap bertelukung..saya tidak menangis..tetapi sepanjang urusan pengkembumian ibu saya..saya terdiam dan tidak berfikir apa2..saya hanya berkata adakah benar apa yang aku lalui ini kerana tidak percaya..selepas itu baru saya menangis setiap malam merindui ibu..pelajaran saya menjadi merundum dan semakin terpisah dengan kawan2 saya ketika berada dalam kelas pertama..saya jatuh kelas dan semakin jatuh..semuanya tidak kene..sehinggalah saya mengambil tingkatan 6..saya mula sedar dan mula matang..apabila saya memikirkan apa yang pernah belaku pada saya..saya berasa sangat tidak percaya kerana mengharungi semuanya dan akhirnya saya dapat juga melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda..semua ini berkat doa ibu..terima kasih ibu..

#Ingatlah semua jika anda benci pada kedua ibu bapa anda,apabila mereka telah tiada perkara yang anda bencilah yang anda akan ingat sampai bila-bila..
AlFatihah..



No comments:

Post a Comment