''Wherever you go, no matter what the weather, always
bring your own sunshine.''
-Anthony J. D'Angelo-
Assalamualaikum w.h.b
Salam kasih sayangSalam-bersalaman mengikut sunnah Rasulullah iaitu bersalaman dengan orang yang kita bersalaman sambil pipi bersentuh dengan pipi orang yang kita bersalam:)
Dah lama tak update entri blog hampir 2 tahun dan hari ini saya ingin menyambung semula penulisan dan luahan. Hari ini iaitu 3 Mac 2016 adalah hari bersejarah kerana tarikh keluarnya keputusan SPM bagi para pelajar sesi 2015.Saya mendapat banyak mesej Whatsapp dan panggilan daripada junior-junior saya. Ramai junior-junior mesej tanya abg, mana satu yang bagus after SPM?
Matrikulasi/asasi, STPM, or Diploma. It is hard to tell them sebab lain orang lain kemampuan dan planning. Jadi saya pun berikan asbab atas dasar masa, perjalanan, bajet, sistem, peluang, dan 'valid' courses, pilihlah STPM.Di sini saya ringkaskan dalam bentuk gambar rajah mengapa saya mengesyorkan para pelajar memilih STPM :
Perkara
|
STPM
|
Matrikulasi
|
Diploma
|
Tempoh
|
1 ½ Tahun
|
1 Tahun
|
3 Tahun
|
Yuran
|
Rendah
|
Sederhana
|
Tinggi
|
Kualiti Sijil
|
Boleh digunakan untuk memohon pekerjaan
|
Tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan
|
Boleh digunakan untuk memohon pekerjaan
|
Sistem
|
Sistem semester
( Setelah melalui proses perjenamaan semula) |
Sistem semester
|
Sistem semester
|
Pengajian STPM sangat memberikan kelebihan kerana STPM memberikan banyak kelebihan daripada kekurangan. Saya tau apabila anda sudah habis sekolah, anda ingin pergi ke kelas memakai smart-smart. Pergi ke kelas tidak mahu memakai pakaian sekolah, rambut nak style papadom, balotelli, ronaldo lah macam2 tetapi adakah itu yang cari? Saya sebagai alumni STPM telah melalui peringkat STPM yang indah. Dipilih menjadi Tokoh Pelajar selama 2 tahun berturut-turut dan menjadi Ketua kepada Pelajar Tingkatan 6 semasa itu walaupun semasa saya sekolah menengah daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, saya seperti seorang yang tiada masa depan. STPM telah banyak mengubah hidup saya untuk hidup berkepimpinan. Pelajar STPM sangat beruntung kerana guru-guru masih menyentuh dan menegur soal akhlak dan sahsiah seimbang dengan pelajaran sama seperti peranan ibu ayah kepada kita. Apabila anda sudah berada di universiti, hanya anda yang menentukan diri anda. Kepada sesiapa yang telah berniat untuk meneruskan pengajian dalam peringkat STPM, saya mengucapkan syabas kepada anda. Pedulikan pandangan stereotaip masyarakat kepada pelaja STPM. Semoga berjaya kepada semua :)
** Apa yang saya kongsikan adalah pendapat saya sendiri, tidak berniat merendahkan mana2 institusi kerana setiap institusi mempunya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Saya hanya ingin mengubah pandangan stereotaip masyarakat terhadap STPM. Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh PM di facebook saya. Terima kasih! :)
#Perang melawan mitos
Good.. penerangan yang bagus.
ReplyDeletetq marwan..semoga kita semua peroleh kejayaan
Delete